Harap kalian sudi baca dan fahami, terutama insan yang mengaku dirinya Muslim. Yang malu mengaku Muslim pun tak salah nak baca.Cerita ini tidak akan menjadikan anda tiba - tiba berjanggut, berserban, berkopiah atau bertudung.
Yang membenci Muslim pula akan ketawa berdekah-dekah terbahak-bahak terberak-berak ~ KALAU faham cerita ini.
*****
pada beberapa hari, beberapa pemuda dalam bilangan yang kecil pergi berkhemah di sebuah hutan yang amat luas.
tempoh perkhemahan mereka adalah tidak pasti, namun yang pastinya mereka semua cuma sementara di situ dan akan balik ke kampung mereka.
pada minggu pertama, mereka dipimpin oleh ketua yang sangat berwibawa, sangat arif mengenai hal - ehwal perkhemahan dan ikhtiar hidup. pemimpin itu juga sentiasa berhubung dengan gurunya untuk memantapkan lagi ilmu kemahiran pemuda - pemuda itu.
beberapa hari yang terasa agak aneh, tiba - tiba ketua itu berpesan : "saudara - saudaraku, aku bahagi - bahagikan kamu peta supaya kamu tidak akan sesat", dengan riak muka yang kelihatan sayu. ahli - ahli yang mendengar pesanan itu berasa pelik dengan raut wajah yang selalunya bersemangat dan gembira itu.
akhirnya, tanpa diingini, pemimpin yang hebat itu meninggal dunia. perhubungan dengan guru si ketua yang hebat itu juga terputus serta merta.
*****
maka silih bergantilah pemimpin mereka, setiap minggu akan dipimpin oleh ketua yang berbeza. semakin hari semakin bertambah ahli yang menyertai perkhemahan itu, namun semua ahli yang baru itu masih mentah dalam hal ikhtiar hidup dan perkhemahan.
sekian lama di hutan itu, mereka semakin jauh ke dalam dan ketua - ketua yang berkemahiran satu - persatu meninggal dunia akibat wabak dan penyakit.
hingga pada suatu hari, pemimpin tertinggi perkhemahan yang terakhir mati akibat diserang singa yang sangat ganas. tiada lagi yang layak untuk menjadi pemimpin kerana yang tinggal adalah ketua - ketua kumpulan dan ahli - ahli baru yang sangat sedikit ilmu dan rendah semangat.
*****
sebelumnya, semua ahli dibahagikan mengikut kumpulan kecil yang dipimpin oleh ketua kumpulan masing - masing. setiap kumpulan mewarisi kemahiran dan ilmu ketua masing - masing.
kumpulan A diajarkan ilmu memotong dan menyalakan kayu api oleh ketuanya, kumpulan B diajarkan ilmu menjejak kesan tapak kaki dan mengesan haiwan manakala ketua kumpulan C pula mengajarkan ilmu memasak kepada anggotanya.
kumpulan A diajarkan ilmu memotong dan menyalakan kayu api oleh ketuanya, kumpulan B diajarkan ilmu menjejak kesan tapak kaki dan mengesan haiwan manakala ketua kumpulan C pula mengajarkan ilmu memasak kepada anggotanya.
akan tetapi, ketua kumpulan itu juga sedikit ilmunya berbanding pemimpin - pemimpin tertinggi terdahulu. mereka hanya lebih sedikit (a little bit more) sahaja berbanding ahli mereka.
lebih lebih lebih memburukkan keadaan, peta yang ditinggalkan oleh pemimpin hebat yang terawal itu pula tidak pandai dibaca dengan betul. malah ditafsirkan sesuka hati. hingga akhirnya peta yang amat bermanfaat itu tidak dipandang lagi oleh mereka kini.
lebih lebih lebih memburukkan keadaan, peta yang ditinggalkan oleh pemimpin hebat yang terawal itu pula tidak pandai dibaca dengan betul. malah ditafsirkan sesuka hati. hingga akhirnya peta yang amat bermanfaat itu tidak dipandang lagi oleh mereka kini.
*****
setelah sekian lama di hutan itu, mereka berasa keliru dan kehilangan arah tuju. kumpulan A mengarahkan mereka semua untuk bergerak ke arah utara, kumpulan B membantah dan mengatakan yang mereka sepatutnya ke arah timur manakala kumpulan C pula berkata bahawa perkhemahan itu tiada erti lagi dan mereka harus pulang.
kumpulan A berkata, "kita mesti ke utara, di sana ada banyak pokok yang sesuai untuk dijadikan kayu api. kayu api kita dah nak habis".
kumpulan B pula bersuara, "ke timurlah kita! di utara ada ular berkaki yang lebih ganas daripada singa dan ikan bertanduk yang kelihatan manja tetapi gigitannya lebih berbisa daripada sengatan tebuan!".
Kumpulan C yang sudah letih memasak sepanjang berkhemah pula berkata, "kayu api dah nak habis. semakin dalam semakin pelik dan ganas haiwannya. maka kami cadangkan kita tinggalkan hutan ini dan kembali ke kampung".
bertengkarlah mereka. bergaduhlah mereka. mereka saling menuduh "kamu sesat dan menyesatkan!", "kamu bodoh, jahil!", "kamu taksub dengan ajaran ketua kumpulan kamu!" dan macam - macam lagi sesama mereka.
keburukan situasi ini diburukkan sekali lagi dengan kehadiran singa - singa kelaparan yang mengorbankan nyawa beberapa ahli tersebut. berkeliaranlah mana - mana yang masih berdegup jantungnya. terkulailah mereka yang terhenti nafasnya.
keburukan situasi ini diburukkan sekali lagi dengan kehadiran singa - singa kelaparan yang mengorbankan nyawa beberapa ahli tersebut. berkeliaranlah mana - mana yang masih berdegup jantungnya. terkulailah mereka yang terhenti nafasnya.
*****
maka bingunglah saki - baki mereka di sana tanpa terfikir sedikit pun untuk berlapang dada dan bermusyawarah sebaiknya dan seseriusnya untuk kebaikan mereka. akhirnya masing - masing bertindak atas ilmu dan kehendak ketua kumpulan masing - masing.
saling menuduh jahil dan sesat sesama mereka.
saling menuduh jahil dan sesat sesama mereka.
ALANGKAH RUGINYA.
*****
apakah makna cerita ini?
perhatikan.. ahli perkhemahan itu adalah kaum Muslim.
pemimpin agung itu ialah tamsilan kepada Muhammad Bin Abdullah Rasul Allah S.A.W.
peta yang ditinggalkan : ALQURAN & SUNNAH RASULULLAH.
singa & haiwan - haiwan ganas : orang - orang kafir dan munafik yang memusuhi Islam & Muslim serta sentiasa lapar dan dahagakan darah umat Islam.
para ketua tertinggi : para khalifah.
pemimpin terakhir mati diserang singa : pemerintahan khalifah Uthmaniyah terakhir "mati" diserang "singa" Mustafa Kamal Attaturk LAKNATULLAH ALAIH.
ketua kumpulan : "pemimpin" negara Islam yang kecil - kecil kini.
*****
* FIKIRKANLAH APA YANG PERLU ANDA FIKIRKAN * LAKUKAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN * DEMI KESELAMATAN "AHLI PERKHEMAHAN" DALAM "HUTAN YANG LUAS" INI *